Tag Archives: skk

Nature Art Camp “Traditional Kite Competition”

Tarikh :  1 – 3 April 2016 (Jumaat – Ahad)

Tempat :  SMK Datuk Onn & Pulau Pinang

RASIONAL

Penganjuran SMKDOB NATURE ART CAMP  “Traditional Kite Competition”- (Peringkat Kebangsaan) ini sangat penting bagi memantapkan bidang kebitaraan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Onn, Butterworth lebih menjurus kepada Seni Halus,komunikasi Visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman , penghayatan dan kritikan . Murid  dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas , murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan Seni Visual dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Murid akan didedahkan dengan ilmu Seni Visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Selain dari memastikan proses perkembangan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi pelajar, seni budaya rakyat Malaysia yang kaya yang semakin dilupakan supaya dapat dihayati dan dinikmati semula oleh pelajar, guru dan warga sekolah serta membawanya untuk tatapan keseluruhan rakyat Malaysia amnya. Idea gagasan “ 1 Malaysia” dapat diterapkan melalui pelbagai aktiviti persembahan kesenian dari kaum-kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan etnik pribumi yang lain. Serta membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif., keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF : 

SMKDOB NATURE ART CAMP  “Traditional Kite Competition” Ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Onn, Butterworth bertujuan untuk :

  • Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
  • Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti
  • Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
  • Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya dan memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
  • Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup.

Program Balingan Mudball peringkat kebangsaan

Program Balingan Mudball peringkat kebangsaan ini turut akan disertai  oleh pihak MPSP, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan beberapa sekolah sekitar Malaysia. Kelab Seni Alam Sekitar  SMK Dato’ Onn  akan menganjurkan  Program Mudball bersama Komuniti  mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 MAC 2014

Hari : JUMAAT

Tempat : Vision Park, Bertam

Tentatif Program

3.00- 3.30 PM : Pendaftaran

3.30- 4.00 PM : Taklimat

4.00- 4.30 PM : Perasmian oleh wakil Bertam Properties

4.30 – 6.00PM  : Piawaian Air, Balingan mudball dan edaran mesej lestari