Sejarah Sekolah

PENGETUA PN. ZAITON BINTI MD. NOOR
PENGETUA
PN. ZAITON BINTI MD. NOOR

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth terletak di Bagan Ajam, lebih kurang 8 km di utara Bandar Butterworth, bersebelahan jalan raya Butterworth Alor Setar. Diasaskan dalam tahun 1959 dengan 2 buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Perai Utara dan ditempatkan di Sekolah Menengah St. Marks Butterworth buat sementara sehingga tahun 1964. Pada tahun 1959, terdapat seramai 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam tingkatan 1 dengan seramai 6 orang guru. Pada tahun 1961, kumpulan pelajar pertama ini mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP). Pada tahun 1963, bilangan kelas menengah melayu bertambah ke jumlah 7 buah kelas iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan satu kelas bagi setiaptingkatan dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bangunan sekolah kini siap dibina pada tahun 1964 dan seramai 387 orang pelajar serta 14 orang guru telah berpindah dari Sekolah Menengah St. Mark ke Sekolah Menengah Melayu pertama di kawasan Seberang Perai Utara Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Menengah Bagan Ajam Butterworth Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Encik Hashim Bin Othman yang berkhidmat dari tahun 1964 hingga tahun 1965. Pada masa, sekolah ini hanya digunakan sebagai “kelas” untuk Sekolah Menengah Kg. Kastam, Butterworth. Pada hari Isnin 25hb Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya tinggal dalam kenangan apabila pada pagi yang bersejarah tersebut, Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Dato’ Onn, Butterworth, sempena mengambil nama tokoh perjuangan tanah air, iaitu Yang Berhormat Dato’ Onn Bin Jaafar.

Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Menengah Dato’ Onn bertukar nama menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ONN, BUTTERWORTH pada tahun 1998. “Ilmu Pancaran Hidup” merupakan moto/logo Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn. Logo sekolah telah dicipta oleh Encik Omar Bin Bakar. “Ilmu Pancaran Hidup” juga diguna pakai sebagai tema lagu rasmi sekolah.

Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 Tel: 043331350 Faks : 043310350