Piagam Pelanggan

Staf SMKDOB  dengan penuh iltizam berikrar akan menumpukan seluruh usaha kami untuk:

  • Memastikan semua pelajar dapat memulakan pembelajaran pada hari pertama persekolahan.
  • Memastikan semua pelajar diberi peluang mengikuti   aktiviti kurikulum dan kokurikulum untuk mengembangkan potensi diri masing-masing.
  • Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar diutama.
  • Memastikan iklim sekolah yang kondusif dan ceria, serta mempunyai prasarana yang lengkap dan berfungsi.
  • Memberikan layanan mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada semua pelanggan.
  • Memastikan semua cadangan dan teguran yang membina daripada pelbagai pihak diberi perhatian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian cemerlang secara menyeluruh.
  • Memastikan semua tindakan yang diambil selaras dengan mandat yang diamanahkan oleh KPM.

Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 Tel: 043331350 Faks : 043310350