Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri 2013

Pada 17 & 18 Jun yang lalu SMKDOB telah menjadi tuan rumah pertandingan drama bahasa inggeris peringkat negeri. Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam drama tersebut. Pertandingan drama ini telah dimenangi oleh SMK Teluk Kumbar dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Tahniah Diucapkan.

backdrop-drama--english

Karnival Frog VLE Peringkat Negeri Pulau Pinang di SMKA Al-Irshad

Pada 22 Jun 2013 (Sabtu) telah berlangsung karnival Frog VLE peringkat negeri di SMKA Al-Irshad. Seramai 10 orang guru, 5 wakil PIBG dan 5 pelajar telah dijemput ke majlis perasmian karnival tersebut. Perasmian telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Ucapan perasmian oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang
Ucapan perasmian oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Pelajar-pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak FROGASIA
Pelajar-pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak FROGASIA

2013-06-22 10.24.11

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang karnival berlangsung. Karnival bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan tentang FROG VLE kepada pelajar, guru serta ibu bapa pada masa akan datang.