Karnival Kelestarian Alam Sekitar & Astronomi 2013

Pada 22 & 23 Februari (Jumaat Dan Sabtu) telah berlangsungnya Karnival Kelestarian Alam Sekitar dan Astronomi anjuran SMK Dato’ Onn dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti ceramah, bengkel membina “Water Rocket”, dan mencerap bulan, bintang dan matahari.