Category Archives: HEM

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Kementerian  Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban tugas guru malah memudahkan capaian kepada maklumat murid dari peringkat prasekolah hingga kolej matrikulasi.

”APDM dijadikan pangkalan data utama dan tunggal untuk menyediakan data bersepadu murid yang boleh diguna sama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di kementerian pada masa akan datang.

”Pengurusan data murid dalam APDM akan bermula seawal murid memasuki prasekolah sehingga tamat tingkatan enam atau kolej matrikulasi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Murid dan guru boleh mengakses sistem APDM yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat ini di http://sekolahmalaysia.com.

Ujarnya, data murid ini diteruskan penggunaannya ke peringkat sekolah menengah menerusi eDaftar Menengah dan proses penetapan sekolah feeder, manakala data murid dari sekolah rendah pula terus dipindahkan ke sekolah menengah yang menempatkan murid tersebut.

”Tindakan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban tugas guru dan e-Kehadiran yang diperkenalkan akan menggunakan data murid yang terdapat dalam APDM dan pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari.

Program HEM Sepanjang Disember hingga Januari

Peristiwa

27 Disember 2012  – Pra Persekolahan tingkatan 2 – 6

28 Disember 2012  –   Pendaftaran pelajar tingkatan 1

1 Januari 2013       –   Pendafaran asrama tingkatan 1

–   Pendaftaran pelajar asrama 2-5

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA SELURUH WARGA SMK DATO ONN  ATAS KEJAYAAN DAN KELANCARAN SEMUA PROGRAM HEM SEPANJANG 2012

Pengisian Data APDM oleh Guru-guru Tingkatan

Semua Guru Tingkatan SMKDOB 2013

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran, SAPS, SPPBS dan bantuan murid. Sebarang masalah boleh menghubungi En. Mohd Aidil untuk bantuan. Di bawah ditunjuk beberapa contoh pengisian data APDM

Langkah 1 : LOG IN ke dalam sistem

Langkah 2 : Klik Data Murid

Langkah 3 : Semak pelajar, padam sekiranya bukan ahli kelas,